Cara Penternakan dan Kelebihan

Jika berminat sila call/mesej/whatsapp : 019-3739690 (Fahmie)

Cara Menternak

Menternak Lobster (udang kara air tawar) amat mudah sekali. Ini kerana Lobster mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan. Lobster dikatakan boleh hidup dalam air tanpa pam udara selama 1 ~ 3 jam, bergantung kepada kedalaman air.
Lobster boleh diternak/dipelihara dalam beberapa cara:



Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium)





Ternakan dalam tangki fiber (cara kami)


(http://www.myfishforum.com)


Ternakan dalam kolam kanvas

(http://sbhternak.blogspot.com)

Pemilihan cara ternakan bergantung kepada individu. Ternakan didalam kolam kanvas memerlukan kawasan yang luas dan selamat berbanding ternakan dalam kolam fiber dimana sesiapa sahaja boleh ternak didalam kawasan rumah sendiri. Ternakan dalam fiber lebih senang diuruskan dari segi penyalinan air, perpindahan ke tempat ternakan baru, urusan memilih lobster yang mengandung dan sebagainya. 

Cara Kami (Ternakan dalam kolam fiber)

Air
Air paip boleh digunakan, tetapi amatlah disarankan untuk menggunakan anti-chlorine  untuk menjamin keselamatan lobster kerana kandungan chlorine dalam air paip tidak menentu. Lobster memerlukan bacaan air sekitar pH 6-8 dimana air hendaklah sentiasa dijaga dengan baik. Menjaga kebersihan air bukanlah masalah yang besar kepada penternak kerana lobster tidak mengotorkan air dengan begitu cepat. 

Makanan
Lobster amat mudah dijaga. Ia merupakan sejenis haiwan omnivor yang memakan daging (mungkin memakan sesama sendiri), dan memakan tumbuhan (sayur-sayuran). Ikan gopi merupakan pilihan utama penternak untuk makanan Lobster, dengan memelihara mereka didalam satu tangki. 

Kos
Kos penternakan amat murah berbanding pulangan yang bakal dihasilkan. Untuk penternakan dalam kolam fiber, seseorang hanya memerlukan kurang dari RM1000 untuk set lengkap kolam fiber (4' x 3' x 1.5'), pump air dan pump udara, berserta berpuluh2 ekor induk lobster.

Penjagaan Baby Lobster
Lobster yang mengandung hendaklah diasingkan ke kawasan yang berlaina. Kami memilih akuarium kerana lebih mudah bagi kami untuk proses pengasingan disamping sebagai hiasan tambahan kawasan rumah kami. Baby Lobster memerlukan lebih kurang 7-10 bulan untuk membesar dan menjadi induk yang mampu mengawan. 


Sekian.
*Sebarang pertanyaan, lawati facebook page kami. 




Tidak ada komentar:

Posting Komentar